Wednesday, 5 June 2013

Misteri Gadis Bersiung

Assalammualaikum.. Seperti yang dijanjikan sebelum ni, entry kali ini akan menceritakan tentang kisah diri aku.  Kalau tengok pada title kali ni mesti rasa macam menarik je kan..ada yang rasa, wow, terujanya tak nak baca?hehe...
 
SIAPAKAH GADIS BERSIUNG? aku ni hanya seorang gadis biasa yang dilahirkan pada tahun 1987.. hehe, umur bukanlah rahsia pada aku. so sesiapa yang nak tahu umur aku, kira sendiri la ye. Aku anak ke 3 dari 4 beradik n aku yang paling keras kepala dalam family aku..oppss..keras kepala tu xbermaksud kepala aku ni boleh dihentak ke dinding ye tapi dlm erti kata lain aku anak paling degil dan banyak kerenah..Aku ada sorang kakak, sorang abang n sorang adik perempuan. Yang paling best mestila abang aku sbbnya dia satu2nya anak lelaki..



erm...apa lagi ye aku nak cerita tentang diri aku..aku ni lahir kat jerantut, pahang. Sempat tadika dkat temerloh sekejap lepastu sambung tadika dkat kuantan.kemudian aku truskan sek rendah dan sek men aku kat kuantan sampaila skarang ni aku kerja kat kuantan pahang. Jadi, pendek kata aku ni anak jati pahang la..huhu..
 
kenapa aku guna nama gadis bersiung?ada yang rasa pelik tak?hehe..sebenarnya sebab aku ada gigi siung.siapa yang tak tau apa itu gigi siung?gigi siung tu sebenarnya sama macam gigi taring. Bagi aku gigi siung menyerlahkan aku.dan gigi siung ni dah macam trademark family aku plak sebabnya kakak aku, adik aku n auntie pun ada gigi siung jugak.. So dari situla aku menggunakan nickname gadis bersiung. Untuk blog ni juga, aku nak berterima kasih pada seseorang iaitu  Mr Razzman yang mencadangkan aku guna nama Gadis Bersiung untuk blog aku. Katanya nama ni unik n xpernah lagi ada orang guna nama ni..hehe.. ;)
 

No comments:

Post a Comment